Friday, 15 January 2016

May I... (Episod 1)



"HABISLAH!! Habislah aku!!" teriakan itu mengejutkan Dania. Beg tangan yang baru sahaja berlabuh elok atas meja, ditinggalkan sementara waktu. Kaki bergerak ke partition di sebelah. Seorang wanita sebaya umurnya dipandang aneh. 

"Kau kenapa, cik kak?" senada sahaja suara Dania menegur. Isi hatinya begitu pasti kenapa gadis itu bisa berteriak sekuat begitu.

"Client aku!!"

As I said..

"Client kau nak tukar pasangan..?" dia angguk.

Dania cuma tarik nafas dalam-dalam. Kesian melihat nasib yang menimpa gadis itu. Haih! Untunglah dia bukan disuruh untuk kendalikan perihal seperti itu. Dia cuma jadi operator aje. Err..boleh kata operator sekaligus merangkap tea lady di sini.

"Sabarlah.. Dah namanya kerja." Name tag yang disangkut di lehernya, direnggut-renggut geram. Kaki pula dihentak-hentakkan ke lantai. Dania tak terkata apa. Tergamam sekejap. Pertama kali melihat gadis itu buang tabiat seperti itu.

"Hey..relakslah! Macamlah ni pertama kali kau kena uruskan case macam ni?" Tania geleng. Bibirnya digigit rapat.

"Tak sama Dania.."

"Apa yang tak sama?"

"Ni dah berapa kali dah dia tolak calon yang aku berikan.." Dania buat muka.

"Oh..kes cerewet lah ni? Alah..tak apalah. Dah nama pun kerja kan." belakang kepalanya digaru. Wajah Dania dipandang dengan rasa sebal. Seandainya sahaja dia boleh berikan pelanggannya ini kepada sesiapa untuk dikendalikan, alangkah bagus..

Lagi-lagi kalau Dania yang handle... Sebab..Dania ni lemah lembut sikit orangnya. Senang nak deal dengan orang.

"Lainlah, Dania. Semua perempuan yang aku bagi, semua dia tolak." Dania hembus nafas lembut.

"Apa taste dia?" dalam malas, Dania melayan juga.

"Perempuan bergetah! Soalnya, nak cari yang getah tu payah.." Dania kerut dahi. 

"Kenapa pulak? Kita kan ramai applicants perempuan yang muda-muda lagi."

"Memanglah.. Tapi, perempuan-perempuan muda ni, semua tolak dia."

"Awat?"

"Dah kerepot orangnya.. Siapa mahu?" Dania diam sejenak. Dalam hati sudah terasa kurang enak. Kalau yang berusia inilah masalahnya. Usia dah lanjut ada hati nak pasangan yang muda-muda..


Memang jenis yang tak cermin diri betullah!

"Hih.. Aku tak fahamlah! Diri tu dah tua, buatlah cara tua.. Tak sedar diri sungguh!"

"Tua sangat ke?" Tania angguk. Gambar yang dikepil di hujung kertas yang terbentang di atas mejanya ditarik lalu ditayang pada Dania. Tatkala mata Dania melihat sahaja foto itu, terus terteguk liurnya..

Gulp!

Mak..! Mukanya..dah berkedut. Entah berapa lapis agaknya kedutannya ini. Senyum pula..nampak macam gatal aje. Sekali tengok, tak pasal-pasal bulu roma Dania tegak berdiri.

"Hih..tak tahanlah aku kerja macam ni." kepala Tania dipanggung. Nampak sekali gadis itu berserabut. Dania garu belakang kepalanya.

"Habis..calonnya dah habis ke? Kau memang tak jumpa penggantinya lagi?" Tania geleng, berwajah sedih.

"Hmm.. Rileks babe.. Macam ni..jom kita breakfast dulu." tangan itu dilayang ke kiri dan ke kanan. Enggan. Kepala itu pula ditidurkan ke meja. Kasihan pula Dania melihatnya.

"Jomlah. Aku belanja." perlahan-lahan, kepala Tania diangkat jua. Dania yang melihat reaksi seperti itu, cuma buat muka. Pantang dengar ayat keramat itu, laju sahaja refleksnya.

"Betul ni?"

"Iya.." suara garau sudah muncul dari anak tekak Dania. Tania yang mendengar sekadar gelak. Nampak sangat macam tak berapa nak ikhlas, gadis itu mahu belanjanya. 

Ah, peduli apa dia. Asalkan Dania mahu belanja dia. Boleh jimat!!

***

"Haa...ya ma! Dah sampai ni. Kejap lagi naiklah atas.." rimas sekali dari nada suaranya menjawab panggilan itu. Dania yang berdiri di belakang lelaki itu sekadar memandang kosong.

Kepalanya masih lagi termenung. Memikirkan masalah yang akan menimpanya. Bibir bawahnya di gigit..

"Habislah aku.. Orang tua ni..buat hal lagi!"

"Dia buat apa lagi kali ni?" dalam malas Dania bertanya. Tangannya sedang sibuk skroll sesuatu di salah sebuah laman web shopping di situ. Matanya setia pada komputer. Hanya butir bicaranya sahaja yang melayan kerenah Tania itu.

"Dia nak suruh aku jumpa dengan Adelia pulak.."

"Dia dah jumpa ke? Baguslah.. Kira settlelah kerja kau."

"Hih! Tak adanya nak settle. Makin semak kau tahu, tak! Yang dia mintak ni, model kau tahu tak?" papan kekunci yang berkelatak keletuk terhenti sekadar di situ. Segera wajah Tania dipandangnya.

"Klien kau ni...panjang lagi ke umurnya? Cuba suruh dia bawak mengucap sikit. Duk ingatlah pada kepok dan nisan sikit.." dalam menyampah Dania hulurkan pendapat.

Yelah! Menyampah kau tahu! Muka bukan macam budak lagi, sampai-sampai nak pasangan yang cantik molek begitu. Demandnya bukan main lagi!

"Apa aku nak buat ni, Dania?" Dania mengeluh. Sudah! Tak pasal-pasal dia pulak yang dapat masalah ni. Sekarang, dia nak jawab apa pada Tania supaya jawapannya ini nanti dapat memberi kepuasan kepada gadis itu.

"Err..tak tahulah Tania." Tania merintih.. Nampak kusut sangat minah ni. Macam parah aje.

"Apa kau pandang-pandang?" 

"Huh?" belum habis anganannya, semua itu sudah terpadam tatkala satu teguran yang agak keras bergema. Dania terkelip-kelip sendiri.

Baru sedar dirinya sudah lama termenung. Menungannya pula berpanjangan ke arah lelaki berkaca mata hitam itu. Sudahnya, mamat ni perasan yang aku tengok dia. Oh..kenapa dalam dunia ni makin lama makin ramai orang yang perasan..?

Apa..mamat ni ingat dia ni handsome...

Tergantung kata Dania di situ. Saat lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya, panahan matanya bukan main lagi memanah pandang padanya. Dania terkelu sejenak.

Memang handsome mak..

"Saya..Aliff Amran." tiba-tiba, saraf Dania mati.

"Err..haa.." 

"Awak?" suara keras itu boleh bertukar lembut pula.. Kenapa bisa begitu? Dania kehairanan. Tadi dengar bukan main keras dan tegas dia. 

"Tingkat lapan." suruh Dania. Sebenarnya, itu alasan juga mahu larikan diri. Eh, tak mahulah dia beritahu nama dia pada orang asing!

"Panjangnya nama awak."

"Belum tambah binti lagi. Kalau tak panjang lagi." lelaki itu gelak. Dania pula kemam bibir. Apa yang dia buat? Sejak bila dia boleh bercakap selantang dan selaju itu? Bukan main selamba pula? Apa kena dengan dia?

"Cari jodoh jugak ke?" renungan lelaki itu..dari atas sampai ke bawah. Sumpah menyeramkan! Dania sudah kecut sendiri.

"Saya? Taklah. Saya kerja sini." lelaki itu mengangguk seraya tangan capai juga butang tingkat lapan seperti yang disuruh Dania sebentar tadi.

"Dah kahwin..?"

"Eh.. Anak dah empat dah.." wajah lelaki itu tampak seperti terkejut. Sejurus itu, tiada lagi perbualan antara mereka. Dania menghembus nafas lega. Nasib baik. Lapang sikit dadanya dia rasa.

Tidak lama kemudian, bunyi lif berdeting. Pintu terbuka kemudiannya. Dania sekadar hulur senyum, sebagai tanda hormat buat kali terakhir. Aliff Amran pula angguk saja. Langsung tiada bicara selepas itu. Cuak barangkali.

Usai, pertemuan pendek itu berakhir, Dania segera melangkah menuju ke dalam ruangan pejabatnya. Belum pun tubuhnya terbenam masuk sepenuhnya ke dalam, suara Tania begitu nyaring memanggil.

"Dania.. Dania!!" kedua-dua tangan Dania digengam Tania dengan wajah seribu harapan. Dania hilang kata-kata. Nampak dari riak seperti itu, pasti ada sesuatu yang akan terjadi. Dan nalurinya berasa kurang enak dengan keadaan ini.

"Bos dah setuju.."

"Setuju apa?" kening terangkat sebelah.

"Bos setuju untuk naikkan pangkat dan gaji kau.."

"Serius?!" Tania angguk.

"Itupun kalau kau mampu untuk selesaikan kes aku ni.." senyuman panjang mati begitu saja.

Ini yang dia duk mengeluh dari dalam lif lagi ni. Berkenaan hal inilah. Kepala Dania menggeleng tak sudah.

"So..kau setuju tak?"

"Err.."

Dua pilihan Dania. Ingat!

Satu...kau boleh hidup senang sikit dengan pendapatan baru kau. Ya! Hidupnya akan jadi lebih mudah dan sedikit mewah berbanding sebelumnya jika dia berjaya untuk selesaikan kes seperti ini.

Tapi..keduanya pula.
Memang tempah bala la kalau dia nak carikan orang tua jodoh!

"Kau cuma buat Adelia setuju aje. Kalau kau boleh buat model tu setuju, aku rasa dah settle kut problem ni." Dania kerut dahi. Semudah itu?

"Kalau dah perempuan-perempuan sebelum ni pun tolak lelaki tu, takkan model yang hebat, popular nak dengan orang tua ni?"

"Orang tua ni kaya.. kau jangan main-main. Alah..lagipun aku jamin yang model ni akan setuju punya. Aku baru stalk instagram dia.. nampak macam sosial sangat hidupnya. Lagipun, banyak gambar dengan jantan. Tak kira tua atau muda.. Haa.. so, boleh nampak dah yang tak lama lagi kes ni nak selesai."

Macam tu pulak?

"Dah kalau macam tu, kau ajelah yang pergi pujuk Adelia tu." Tania geleng.

"Hih.. Aku dah pergi tempat tu sebelum  ni. Banyak kali kut.. Tapi, tak lagi jumpa dengan Adelia tu."

"Haa..eloklah! Cuba dulu.." geleng lagi.

"Tak boleh. Security dah tak bagi aku masuk."

"Kenapa?"

"Sebab tiap kali aku masuk, mesti tempat tu akan jadi kecoh."

Pulak!!!!

No comments:

Post a Comment